Mengenai Kursus Ini

Pasti kita semua pernah berasa risau, resah dan gelisah. Terkadang kita rasa kita seorang sahajakah yang merasakan begitu?

Banyak sahaja perkara yang berlaku yang menyebabkan kita berasa stress. Tekanan di tempat kerja. Pencapaian akademik yang tidak memberangsangkan. Isu dengan ahli keluarga dan rakan-rakan.

Bagaimana untuk menghadapi segala tekanan yang sedang berlaku dan bagaimana seseorang boleh mempersiapkan diri dan emosi dalam menjalani kehidupan?

Dalam Online Course Are You S.A.D? ini, Aiman Amri akan berkongsi dengan kita bagaimana untuk menguruskan fikiran, emosi dan perasaan kita dalam mengendalikan stress secara praktikal. Mempersembahkan, “Are You Sad?: Menguruskan Stress, Anxiety dan Depression Dalam Kehidupan”.

Mengenai Speaker


Aiman Amri atau nama pena Aiman Psikologi ialah Mental Health Advocate yang aktif menyebarkan kesedaran kesihatan mental kepada rakyat Malaysia. Beliau ialah seorang penceramah dan penulis buku yang mendidik masyarakat ilmu psikologi melalui ceramah, media sosial dan penulisan di laman webnya, AimanPsikologi.com.

Kini beliau berkhidmat di Pusat Pakar Psikologi Jiwadamai, Shah Alam sebagai Pengurus Akademi dan teaching assistant untuk kelas intervensi awal. Penulis kepada dua buku pada tahun 2019, yang pertama ialah buku Autisme: Unik/Pelik dan buku keduanya bertajuk How Are You?.



Course curriculum

    1. Introduction

    1. Lesson 1

    1. Lesson 2

    1. Lesson 3

    1. Lesson 4

    1. Lesson 5

About this course

  • RM38.00
  • 22 lessons
  • 2 hours of video content