Mengenai Kursus Ini

Speaker: Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

Bentuk kerangka fikir anda supaya lebih menyeluruh dalam membuat pertimbangan terhadap sesuatu perkara.

Melalui buku Seni Berfikir Yang Hilang, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil cuba membantu anda untuk bentuk cara berfikir secara berprinsip dan tersusun supaya tidak mudah dipengaruhi oleh pandangan orang lain.

Kursus Online Mencari Seni Membaca Seni Berfikir Yang Hilang pula merupakan sebuah panduan terperinci bagi mendekati buku ini secara lebih sistematik. Ia terbahagi kepada 3 bahagian; sebelum membaca, semasa membaca, dan selepas membaca.

Seni berfikir yang anda pelajari daripada perkongsian ini mampu diterapkan pada apa sahaja topik. Seperti pendidikan anak-anak, kekeluargaan, agama dan banyak lagi.

Tanpa seni berfikir, sukar untuk memperbaiki sesuatu masalah. Dikhuatiri nampak sibuk bekerja tetapi seakan tikus membaiki labu, labu hancur tanpa hasil dihujungnya.

Sertai kursus Mencari Seni Berfikir Yang Hilang dan terokai teknik dan seni berfikir yang hilang untuk diterapkan dalam kehidupan harian anda.

Mengenai Speaker

Ustaz Hasrizal Abdul Jamil seorang graduan Sarjana Muda Syariah (Kepujian) di Universiti Mu’tah, Jordan pada tahun 2001. Beliau berkhidmat sejak tahun 2014 sebagai Pengarah Pendidikan di Yayasan Pendidikan Khalifah yang menguruskan Khalifah Model School (Rendah) dan Khalifah Model School (Menengah). Beliau juga merupakan mantan ahli Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berperanan menambah baik kurikulum dan sistem Pendidikan Negara, dilantik oleh mantan Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik. Penulis yang prolifik terutamanya melalui blog utama beliau www.saifulislam.com dan penulis kepada lebih 22 buah buku. Beliau aktif berkongsi pelbagai renungan di samping travelog hidupnya di Facebook (My Learning Journey), Twitter (@hasrizal2020) dan Instagram (@iamhasrizal).

Course curriculum

    1. Lesson 1

    1. Lesson 2

    1. Lesson 3

    1. Lesson 4

    1. Lesson 5

    1. Lesson 6

About this course

  • RM38.00
  • 23 lessons
  • 2 hours of video content